Assalamualaikum

August 15, 2018

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG TERDAPAT DALAM DRAMA DAN FILEM DI MALAYSIA

DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TAJUK : BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG TERDAPAT DALAM DRAMA DAN FILEM DI MALAYSIA.


NAMA PENSYARAH : CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM
NAMA PELAJAR :NUR AMEERA ZAFIRAH BINTI ZAILANI    (02DAT16F1089)
                             EMILY OWI MIN LEE                                   (02DAT16F1083)
                             NUR AQILAH ZAHIYAH BINTI ZAILANI      (02DAT16F1027)
                             TEE XIN CHI                                                (02DAT16F1110)
                             YUSRA AQILAH BINTI ROZALI                  (02DAT16F1030)
                             MAALATI A/P NADARAJAN                        (02DAT16F1060)
KURSUS : DIPLOMA AKAUNTANSI
KELAS : DAT 5C
SESI : JUN 2018

ISI KANDUNGAN
1. OBJEKTIF
2. PENGENALAN
3. HURAIAN
4. KESIMPULAN
5.LAMPIRAN



OBJEKTIF


 i ) Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan. 

ii)  Menekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. 

iii) Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.

PENGENALAN

PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, media hiburan semakin berleluasa di keseluruh negara tidak kira peringkat umur dan bentuk hiburan. Pelbagai jenis hiburan telah disajikan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk visual,audio atau muzik dan filem. Namun, hiburan sebegini hanyalah melalaikan masyarakat di mana kebanyakannya tidak memberi pengajaran kepada penonton secara khusus. Industri tanah air kini mula berkembang pesat dengan pelbagai penghasilan muzik,filem mahupun drama yang bertemakan cinta atau romantik, komedi mahupun seram.

Berdasarkan perbincangan di atas, secara khususnya isu yang perlu diambil berat dan diketengahkan adalah mengenai fenomena kebangkitan filem syirik dan khurafat yang disiarkan dalam filem-filem yang diterbitkan di mana boleh merosakkan aqidah masyarakat. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur romantic, komedi, aksi mahupun seram.  Seperti yang diketahui,filem seram merupakan filem yang paling banyak menyiarkan unsur-unsur ini bagi menarik minat masyarakat untuk menonton dan mengutip keuntungan yang besar. Filem ber’genre’ seram ini sendiri mendapat kutipan terbanyak dalam sejarah kutipan filem tertinggi sepanjang zaman di Malaysia melalui filem “Munafik” berbanding filem yang menfokuskan kepada genre kerohanian dan pengajaran. Situasi sebegini telah menyebabkan banyak penggiat atau pengarah filem sendiri ingin menghasilkan lebih banyak filem seram bagi mengutip keuntungan yang besar. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem sera mini dan tidak ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakkan yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur negatif yang mampu serap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi bagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak kerana mereka ini adalah antara golongan yang mudah terpengaruh. Hal ini ditakuti menyepitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak.
Oleh yang demikian, dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi , perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Masyarakat terutama penggiat seni perlu berhati-hati dalam menghasilkan sesebuah filem agar tidak melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penulis skrip khasnya perlu menghasilkan skrip yang berkualiti dan tidak terpesong dari ajaran Islam. Penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan filem yang ditonton sedangkan itu hanya rekaan semata-mata. Fitrah manusia lebih cenderung kepada  perkara negatif berbanding positif kerana ianya lebih memberi impak. Sebagai contoh, seperti yang diketahui umum filem berunsurkan positif terutama kerohanian dan pengajaran kurang mendapat perhatian masyarakat berbanding filem yang berasakan perkara negatif.

Dalam konteks ini, khurafat adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah S.W.T sahaja. Disamping itu, amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu yang menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun disisi Allah. Disini, kami mengupas lebih lanjut tentang unsur-unsur khurafat dalam filem.

HURAIAN ISI

HURAIAN ISI

PENGERTIAN SYIRIK
Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT. 
Potongan ayat dari Al-Quran
1. Sebagai perbuatan dosa besar yang paling besar dan tidak dapat diampunkan oleh Allah swt. Dalam Al-Quran disebutkan yang ertinya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.
2. Orang yang mensyirikkan Allah swt dinilai sebagai orang kafir, haram masuk syurga dan ditempatkan di neraka jahanam. Kutukan seperti ini sesuai dengan firman-Nya dalam Al-Quran Surah Al-Maidah ayat 72 yang ertinya:
Dan jikalau mereka mempersukutukan Tuhan, sungguh menjadi sia-sialah apa yang mereka lakukan.
Syirik adalah dosa yang paling besar
Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Mahukah kalian aku beritahukan tentang dosa yang paling besar? "Kami menjawab,Ya wahai Rasulullah!", baginda bersabda berbuat syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua orang tua.

Syirik terbahagi kepada tiga (3) kelompok yakni :
SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH S.W.T
 Syirik Rububiyyah
    Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki,
menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
 Syirik Uluhiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
 Syirik Asma’ Wa Sifat
Meyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang merupakan kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.


SYIRIK MENURUT KADARNYA

  Syirik Akbar (besar)

   Iaitu syirik dalam keyakinan dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam antara ialah :

I. Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti’anah kepada selain-Nya.
II. Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakal melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan duniawi lainnya.
III. Syirik dalam ketaatan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWT  atau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hokum tersebut.
IV. Syirik dalam kecintaan, asalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyatakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.

Syirik Ashghar (kecil)

Iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi
mewajibkan pelakunya untuk bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk
dalam Syirik Ashgar atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua
Syirik Ashghar berupa Riya'. 

Syirik khafi (tersembunyi)

Iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaanorang lain, hal ini pun
termasuk dalam Riya', dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam,
namun pelakunya wajib bertaubat.

ΓΌ SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADAIAN
Ø Syirik I’tiqodi
Iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
Ø Syirik Amali
iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.
Ø Syirik Lafzhi
Iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya, "Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu", "Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).

UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM
Ramai dalam kalangan masyarakat gemar menonton filem yang bergenre seram.Hal ini sebenarnya mendorong mereka berasa takut kepada objek yang dijelmakan melalui tontonan filem, seterusnya menimbulkan kepercayaan bahawa objek tersebut boleh mendatangkan keburukan kepada mereka.Menurut Tengku Intan (2001), mentaliti masyarakat Melayu masih lagi dibelenggu oleh unsur-unsur tahyul dan kurafat.Oleh yang demikian untuk menangani perkara tersebut, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan yang perlu digunakan bagi penghasilan bahan audio atau visual supaya tidak bercanggah dengan akidah Islam.
TAKRIF KHURAFAT, TAHYUL DAN KEPERCAYAAN KARUT
Menurut kitab Al-Mu'jam al-wasit,khurafat ialah cerita-cerita yan mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta.Mengikut kamus al-Marbawi,khurafat ialah sebarang cerita yang benar-benar dusta.Pendapat lain menyebut bahawa khurafat ialah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar untuk dipercayai kebenaran.Berdasarkan takrif tersebut,dapat disimpulkan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara yang mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng(lagenda),karut dan memyimpang dari ajaran Islam.
Istilah tahayul pula bermaksud semua cerita, sama ada khayalan atau rekaan , ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran islam.
Tahayul meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampur aduk denan perkara-perkara yang dusta.kepercayaan karut ditakrifkan sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam masyarakat,tamadun dan, peradaban yang direka serta bercanggah dengan ajaran islam.Ketiga-tiga istilah mempunyai maksud dan perkaitan yang rapat antara satu sama lain.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar."  Surah al-Nisa’, ayat 48

Firman Allah:
ΩˆΨ£Ω†Ω‡ ΩƒΨ§Ω† Ψ±Ψ¬Ψ§Ω„ Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ₯Ω†Ψ³ ΩŠΨΉΩˆΨ°ΩˆΩ† Ψ¨Ψ±Ψ¬Ψ§Ω„ Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ¬Ω† فزادهم Ψ±Ω‡Ω‚Ψ§
Maksudnya
Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6)

CONTOHNYA
· Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpaanya.
· Kepercayaan kepada nasib sial, seperti adat membuang sial.
· Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya, umpamanya adat
memuja kampong.
· Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adar memuja
semangat padi.
· Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti menangguhkan
 perjalanan jika terdapat biawak melintas kerana dianggap sebagai syarat bahawa sesuatu perkara tidak baik akan berlaku.
· Kepercayaan terhadap ramalam-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.
· Pemujaan objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur.

CIRI-CIRI KHURAFAT DAN TAHAYUL DALAM BAHAN PENERBITAN
Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri khurafat dan tahayul seperti yang berikut :
ΓΌ Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau hadis.
ΓΌ Cerita-cerita yang berunsurkan mitos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
ΓΌ Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan islam.
ΓΌ Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada ‘makhluk halus’ bagi tujuan memudaratkan orang lain dan menyeleweng daripada akidah islam.
ΓΌ Penggunan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok, dan sebagainya bagi tujuan tertentu.
ΓΌ Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negative dari segi akidah dan syarat islam.

CONTOH-CONTOH AMALAN KHURAFAT DAN TAHAYUL.
§ Menanam sebatang pokok pisang di halaman atau rumah yang baru selesai dibina dianggap dapat membawa sial pada penghuni rumah itu.
§ Jika bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki. 
§  Cabai merah disajikan ketika terjadi hujan berhari-hari. Mengapa? Karena mereka menganggap dengan itu hujan akan cepat berhenti. 
§  Jika terjadi musim penyakit, ditaruhlah bawang merah, lempuyang, dan sejenis rumput agar roh-roh pembawa penyakit tidak mendekati rumah.
§  Jika sebatang pohon Natal dipasang ditengah rumah, dianggap roh Yesus akan turun memberi pengampunan.
§  Jika anak-anak kecil terserang penyakit perut digantungkanlah sepotong aur kuning pada leher anak itu karena menganggap aur kuning dapat menolak penyakit.
§  Mengambil daun pisang beserta pelepahnya pada petang hari dianggap dapat menyebabkan kematian dalam perjalanan.
§  Pohon laici yang tengah berbuah dianggap sebagai pertanda roh-roh nenek moyang tengah berpesta pora.
§ Merangkai bunga melati pada malam hari dianggap dapat menghadirkan roh-roh gadis remaja.
§ Burung hantu yang bersuara pada malam hari dianggap sebagai pertanda akan ada perempuan melahirkan.
§ Kupu-kupu yang masuk ke rumah dianggap sebagai pertanda akan datang seorang tamu.
§ Mempercayai bahwa berjabat tangan dengan orang yang pernah berjabat tangan dengan orang yang secara berantai sampai kepada orang yang pernah berjabat tangan dengan Rasulullah akan masuk surga.
§   Memakai ayat-ayat al-Qur’an untuk azimat menolak bala’, pengasihan dan sebagainya.
§  Mengambil wasilah (perantara) orang yang telah mati untuk mendo’a kepada Allah. Mereka berziarah ke kuburan para wali dan ulama besar serta memohon kepada Allah agar do’a (permohonan) orang yang berziarah kuburnya itu dikabulkan. Ada yang memohon dapat jodoh, anak, rizki, pangkat, keselamatan dunia akhirat dan sebagainya. Mereka percaya dengan syafa’at (pertolongan) arwah para wali dan ulama itu, permohonan atau doa mesti dikabulkan Allah karena wali dan ulama itu kekasih-nya

HUKUM MEMPERCAYAI KHURAFAT
Hukum mempercayai adanya keramat, khurafat, tahyul dan kebudayaan karut adalah syirik, kerana menganggap perkara-perkara boleh mendatangkan manfaat, selain daripada kekuasaan Allah S.W.T.
Maksud firman Allah S.W.T. (Yunus: 106)”:
“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim.”
Maksud hadith Nabi saw pula:

“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal. 33)
Perkara-perkara berbentuk ghaibiyyat pula adalah wajib diimani. Namun semua perkara ghaibiyyat yang tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadith adalah dilarang dipapar dan diceritakan.
Daripada pengertian diatas huraian yang daoat disimpulkan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara yang mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng, karut dan menyimpang daripada ajaran islam. Manakala syirik pula adalah perbuatan yang menyukutukan Allah melalui perbuatan, lisan dan hati.
Berbalik kepada tajuk asal kita iaitu pendapat tentang amalam syirik dan khurafat dalam filem di Malaysia. Pada era globalisasi ini, kemajuan dalam industri media dalam menghasilkan pelbagai bentuk penyampaian maklumat atau mesej. Filem mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakatnya terutama golongan remaja. Walaupun, fungsinya sebagai alat hiburan dan seni, filem amat sarat dengan mesej yang positif mahupun negatif. Di Malaysia, filem yang mendapat sambutan paling hangat adalah filem dan drama seram. justeru kajian ini akan mengkaji pengaruh terhadap akidah umat Islam dengan menganalisis unsur-unsur atau mesej yang terdapat di dalam filem dan drama seram. Hasil kajian ini mendapati terdapat pengaruh yang sangat signifikan dalam filem-filem itu yang memaparkan unsur-unsur syirik yang boleh mengoyah akidah umat Islam. Lantaran itu, peranan semua pihak amat diperlukan bagi menangani isu syirik tidak lagi dipaparkan di dalam filem kerana ia merosakkan akidah dan melemahkan iman seseorang yang bakal menyumbang untuk pembangunan negara pada masa akan datang. 

  Pada pendapat kami, filem dan drama seram adalah wadah yang menggambarkan kehidupan dan segala permasalahan yang berkaitan dengannya. Filem juga merupakan jendela dan cermin kehidupan. Oleh itu, amalan syirik dan khurafat  tersebut mempunyai kebaikan dan keburukannya. Filem berbentuk dunianya yang tersendiri di antara reality dan ilusi, antara kebenaran dan imaginasi. Antara kebaikan yang boleh kami simpulkan dari tajuk ini ialah adanya filem atau drama tersebut ia dapat menginsafkan para penonton supaya tidak melalukan sesuatu yang menyukutukan Allah.  Selain itu, ia dapat menyampaikan mesej bahwa apa sahaja yang berlaku kepada kita sama ada perkara baik atau buruk jangan sesekali kita meminta pertolongan daripada jin atau syaitan selain daripada Allah SWT. di samping itu, tak banyak orang yang mengetahui hal ini menonton filem yang seram dapat membuat kalori dalam tubuh terbakar. Dalam sebuah penelotian yang dilakukan oleh sebuah university di luar Negara menemukakan, seseorang mampu membakar 200 kalori mereka saat menonton 1 filem seram. meskipun ada baiknya perasaan takut wujud, bagi mendidik insan mengetahui kelemahan dirinya.

Di samping itu, keburukan dari filem-filem yang berunsurkan syirik atau khurafat ini boleh mendorong sesetengah penonton untuk melakukan perkara syirik atau khurafat. Jika seseorang itu susah terjerumus dalam perbuatan khurafat atau syirik mereka susah untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah. Selain itu, filem seram menyebabkan seseorang itu manjadi takut dan lemah jiwa apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini. Filem atau drama seram ini juga memberikan impak yang besar kepada seseorang jika ia tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh mahupun yang lemah jiwa dengan mudah terpengaruh dan mempercayai perkarang syirik,khurafat dan tahyul.
Akhir sekali, berdasarkan filem dan drama khurafat atau syirik di Malaysia ia mempunyai banyak nasihat yang disampaikan kepada rakyat Malaysia untuk menjauhi amalam-amalan tersebut. Sebelum kami akhiri huraian ini kami senaraikan filem dan drama yang berkaitan dengan syirik dan khurafat di Malaysia antaranya filem DUKUN, KHURAFAT, SYIRIK dan banyak lagi.
CONTOH GAMBAR FILEM DAN DRAMA DI MALAYSIA
1. DUKUN











Dukun merupakan filem drama seram thriller dan merupakan kisah sebenar pembunuhan seorang ahli politik Malaysia pada tahun 1993 iaitu Datuk Mazlan Idris yang dibunuh oleh Mona Fandey seorang penyanyi popular pada tahun 80-an. Didalam filem DUKUN ini kita dapat mengetahui keburukkannya. Antaranya, sebuah kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan darah yang tumpah dalam mengejar semuanya. Selain itu, peguam yang yang  membantu Diana Dahlan telah membuat perjanjian dengannya untuk mencari anaknya yang hilang. Dengan mempercayai wanita tersebut peguam itu telah kehilangan segalanya-galanya dan menjadi orang yang tidak waras. Disini kita boleh simpulkan bahawa, peguam tersebut yang telah  mempercayai Diana Dahlan pengamal syirik dan khurafat telah menyebabkan peguam tersebut  menjadi tidak waras dan telah menyukutukan Allah. 
2.MUNAFIK
Image result for munafik

Munafik merupakan filem seram ghaib dan  yang paling laris di Malaysia. Munafik adalah terminology dalam islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya. Mengisahkan mengenai Adam seorang pengamal perubatan islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya dan anaknya. Adam seakan-akan tidak dapat menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Disamping itu, adam mengubat Maria yang menhidap penyakit misteri manakala bapa Maria Pak Osman merupakan seorang pemuja iblis dan syaitan dimana ia nak menjadi pengubat orang sakit misteri untuk datang berubat dengannya. Pak Osman ingin menasihati Adam untuk menolak keimanannya dengan mengunakan  iblis/syaita akan tetapi Adam menolaknya. Pak Osman tidak puas hati dan telah mengarahkan makhluk halus untuk bunuh Adam tetapi Adam masih kuat dan tabah hadapi. Adam ingin berdoa kepada Allah untuk meminta pertolongan dan menjauhkan diri daripada hasutan iblis/syaitan. Pak Osman telah disambar oleh petir. Akhirnya,kita dapat simpulkan bahawa, Pak Osman yang mempercayai perkara syirik telah memakan dirinya sendiri. Mengapa kita mahu sembah makhluk halus sedangkan Allah Maha Pengasih lagi Maha Pedengar. Selain itu, kita haruslah mempercayai Qada & Qadar supaya hidup lebih diberkati dan diredhai oleh Allah.
3.SYIRIK


Sebuah filem yang mengisahkan fahaman syirik yang diamalkan oleh beberapa individu yang sesat di dalam sebuah kampung. Pemujaan objek dan syaitan sering menjadi amalan golongan ini. Wujud di kampung tersebut seorang nenek yang sering menasihati pengamal syirik ini supaya balik ke jalan yang diredhai oleh Allah. Malangnya nasihat si nenek ini tidak diterima oleh golongan ini. Pembunuhan sering dilakukan oleh pengamal syirik ini. Suatu kejadian pelik berlaku di kampung tersebut di mana isteri seorang bomoh yang sarat mengandung telah dibunuh dan bayinya hilang. Susulan dari kejadian ini, insiden-insiden pelik sering berlaku di kampung tersebut. Ada yang berpendapat, isteri si bomoh yang meninggal ini kembali sebagai Pontianak untuk membalas dendam. Seorang wanita bernama Lady yang merupakan keturunan ke-7 dalam keluarganya telah menjadi mangsa kepada perjanjian yang dibuat oleh nenek moyangnya dengan iblis, hanya kerana mereka mahu menjadi kaya-raya. Atas perjanjian itu, Lady yang sedang sarat hamil diburu oleh iblis yang mahukan anak yang dikandungkannya. Iblis itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah masuk ke dalam tubuh suaminya. Lady kemudian mendapatkan bantuan daripada rakan lamanya yang merupakan seorang ustaz.
4. KHURAFAT
Image result for filem khurafat
Filem khurafat genre seram, yang mengangkat tema kekufuran masyarakat yang sanggup meminta bantuan selain dari Allah. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
Filem ini mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tetapi, manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. 



CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT :  

1) PERANAN KERAJAAN

Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara. Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.

2) PERANAN MASYARAKAT

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.

3) PERANAN DIRI SENDIRI

Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh  yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.  

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

            Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.

            Akhir sekali, kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan juga sentiasa memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat khusunya masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai khalifah di bumi, kita juga sentiasa dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan meninggalkan segala-Nya, apatah lagi jika perbuatan kita itu berunsurkan khurafat.Oleh itu, dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi, perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tidak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi para penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah s.w.t. Ingatlah bahawa Allah s.w.t merupakan pencipta sekalian makhluk.

LAMPIRAN DAN RUJUKAN

LAMPIRAN


RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Khurafat:_Perjanjian_Syaitan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dukun_(filem)
https://ms.wikipedia.org/wiki/Munafik_(filem)
https://ms.wikipedia.org/wiki/Syirik_(filem)
http://taufiq1spin.blogspot.com/